Tentang Klinik Andalusia

Klinik Andalusia Shah Alam

Kami merupakan salah satu klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer bagi kawasan Shah Alam khasnya dan sekitarnya amnya.

Klinik ini merupakan salah satu rangkaian klinik swasta di bawah jenama Klinik Andalusia. Rangkaian klinik ini di miliki oleh DARISWAN SDN BHD yang merupakan syarikat bersekutu kepada ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD yang merupakan syarikat pelancongan yang menjalankan aktiviti umrah dan haji sejak 2004.

Kepakaran klinik ini adalah menjalankan pemeriksaan kesihatan dan perubatan untuk jemaah-jemaah yang akan berangkat ke tanah suci sebelum dan selepas menjalankan ibadah.

Dengan memegang moto klinik iaitu empowering patients for a healthful future maka perkhidmatan yang disediakan adalah dengan memberi penekanan dan fokus kepada penghasilan impak atau outcome yang positif kepada setiap pesakit yang datang menerima rawatan di sini untuk kesejahteraan hidup serta mampu untuk setiap lapisan masyarakat nikmati.